Want your
own Fotopage?






 
Mhd's FotoPage

By: Mhd Hanafi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-May-2006 01:00 Email | Share | | Bookmark
Kenangan kenduri sahabat di Johor.

Transit sementara di Shah Alam
Pagi 28 Mei - berjalan ke rumah Kak Zamilah dan K Tinggi
Majlis bersanding saudara Hilmi, 28 Mei, 2.30 ptg
Kenduri kahwin saudara Helmi dan Kak Musba di Kg. Ayer Hitam, Kulai.

dan sudara Pa dan kak Eagy di FELDA Waha, Kota Tinggi.

Kedua-duanya diakadkan pada 27 Mei 2006 (sebelah malam).

Saya mengira hanya empat buah kenderaan yang akan berkonvoi ke Kulai, Johor. Setepatnya, tujuan kami adalah mengiringi pengantin lelaki yang berkahwin di Kg. Ayer Manis, Kulai. Beliau merupakan bekas pimpinan kami, kemudian menjadi ketua yang disegani pula di CIAST. Berasal dari Kelantan. Saya dan rakan seramai 12 orang berserta bakal pengantin bertolak dari Nibong Tebal ke Shah Alam pada jam 9.00 malam, 27 Mei 2006. Kami tiba di TTDI dan bermalam di sana pada jam 1.30 pagi. Rumah di yang kami tumpang, masih lagi mempunyai 'tanda aras' air yang melanda ketika banjir di TTDI beberapa bulan lalu. Ketinggiannya mengikut warna garisan lumpur yang tidak tanggal di dinding setinggi pinggang saya.
Keesokan hari, kami bersarapan di Sy. 20 Shah Alam. Kemudian bertolak ke Johor pada jam 12.00 tengah hari. Konvoi bertambah dengan bilangan pelajar-pelajar CIAST menjadikan jumlah kami 41 orang: 32 lelaki (lima buah kereta dan sebuah APV) dan 9 perempuan (dua buah kereta) termasuk lima orang ahli keluarga pengantin lelaki.

Perancangan asal, kami akan bertemu di Tol Nilai. Di sana ada sebuah lagi kereta yang akan menyertai kami. Sebelum tiba simpang ke Alor Gajah/Tampin, berlaku kemalangan. Kereta yang dinaiki bakal pengantin terlanggar kereta lain dalam kesesakan di lebuh raya, maka terpaksalah mereka membuat laporan di Balai Polis Seremban. Laporan mengambil masa kira-kira dua jam. Ketika kejadian, kereta yang saya naiki berada selang empat kenderaan di belakang, hampir-hampir juga melanggar kereta di hadapan. Saya juga berdebar-debar dan terkejut, syukur pemandu kereta yang saya naiki cekap mengelak. Mengambil lorong yang kosong lantas meninggalkan rakan-rakan yang lain tanpa mengetahui keadaan mereka. Tiba di Hentian (R&R) Ayer Keroh, kami bersolat dan baru mengetahui kemalangan tersebut.

Perancangan luar. ::: Memandangkan kami agak lama menunggu, seorang rakan mencadangkan aktiviti lawatan ke Zoo Melaka. Tetapi kami berempat tidak ke zoo, sebaliknya bersantai di Taman Mini Malaysia dan Mini Asean. Kami tidak menjenguk ke dalam, kerana bayarannya RM10 seorang. Lagi pun di sini, hanya terdapat koleksi rumah negeri-negeri yang terdapat di seluruh Malaysia. Saya mengambil peluang membeli baju dan cenderamata di luar Taman Mini Malaysia. Kemudian kami ke Muzium Lebah Sedunia bersebelahan taman tersebut. Masuk percuma, dihidangkan dengan pameran lebih daripada 30 jenis lebah, termasuk kelulut, tebuan dan penyengat yang menghasilkan madu. Selama ini saya fikir, hanya lebah satu-satunya makhluk yang diberi kelebihan menghasilkan madu. Di sini juga, pelawat diberi peluang merasai sepuluh jenis madu secara percuma! Saya mencuba madu yang termahal, iaitu madu Propolis, kemudian madu bunga, dan madu halia. Sempat juga membeli sabun Propolis berharga RM14.00. Kami diberi penerangan tentang madu, dan cara untuk membezakan madu asli atau sebaliknya.

Berbalik kepada cerita kemalangan. Apabila berlaku perkara luar jangka ini, perjalanan terpaksa disusun semula untuk mengatur lima orang yang berada di dalam kereta yang berlanggar. Kasihan juga kepada Jurutera R&D SIRIM (nama dirahsiakan, kerana saya tahu sahabat-sahabat saya tidak suka catatan saya melibatkan nama mereka secara langsung). Sudahlah disaman RM300, kos membaiki kenderaannya pula RM500. Kereta beliau dijangka siap dibaiki dua minggu lagi.
catatan belum siap lagi.....(catatan sambungan di weblog ini SILA KLIK UNTUK BUKA)



Care to comment?


Tuesday, 14-Feb-2006 02:49 Email | Share | | Bookmark
Urusniaga ke-15 di lelong dot com.

Komunikasi maya di lelong.com
Apa kata mereka?
hari Ahad lalu menang lagi membida pendrive pada harga RM200.

Dan telah mendapat +ve feedback daripada penjual.

Care to comment?


Monday, 6-Feb-2006 07:10 Email | Share | | Bookmark
Tahniah Siti Nor!

Keputusan MRSM
Adik yang baru menduduki PMR tahun lepas sudah berjaya ke MRSM.


ALHAMDULILLAH.....tahniah diucapkan daripada abang.

Care to comment?


Monday, 6-Feb-2006 07:10 Email | Share | | Bookmark
Tahniah Siti Nor!

Keputusan MRSM
Adik yang baru menduduki PMR tahun lepas sudah berjaya ke MRSM.


ALHAMDULILLAH.....tahniah diucapkan daripada abang.

Care to comment?


Saturday, 4-Feb-2006 10:52 Email | Share | | Bookmark
Tahniah Siti Nor!

Keputusan MRSM
Adik yang baru menduduki PMR tahun lepas sudah berjaya ke MRSM.


ALHAMDULILLAH.....tahniah diucapkan daripada abang.

Care to comment?


Saturday, 4-Feb-2006 10:52 Email | Share | | Bookmark
Seminar al-Huffaz USM Kejuruteraan.

Bersama ust. Md. Shafie ACCA.
Raja Mazian, pengacara majlis.
Peserta
View all 5 photos...
Alhamdulillah. Hari ini Sabtu, 4 Feb 2006. Subuhku bersama-sama Ust. Yusof dan beberapa jemaah lain seramai 6 orang. Solat selesai jam 6.45 pagi. Sekarang waktu Subuh selewat 6.13 pagi, dan biasanya iqamah pada 6.30 pagi. Seperti semalam, pagi-pagi mencari sesuap makanan di kedai makan, tetapi pagi ini disertakan juga tempahan kuih untuk santapan peserta-perserta Seminar Membaca, Melancar dan Menghafaz al-Quran secara Sistematik Al-Huffaz.

Sebanyak empat jenis kuih yang ditempah (sardin roll, karipap, apam, dan.....), setiap satunya 200 biji.

Pagi-pagi begini, tugasanku menguruskan makan minum peserta.
1. Bee hun untuk minum pagi.
2. Nasi beriani, ayam masak merah, daging kicap, darca dan jelatah untuk makan tengah hari.
(Saya masih lagi bertindak selaku tukang masak amatur, belum cukup jam latihan lagi untuk menjadi tukang masak profesional. )
Kuih yang ditempah pagi tadi adalah untuk minum petang.

Selepas solat Zohor, sempat juga bertemu muka dengan Ustaz Dr. Md. Shafie Md. Amin al-Hafiz (ACCA). Beliau masih ingat seraut wajah ini. Cuma dia tidak ingat namaku. Sembang lebih kurang, ustaz bertanya "berapa ramai orang boleh muat dalam dewan?"
Saya jawab, "peserta hari ini seramai 250 orang." Puas hati pihak penganjur kerana sambutan yang luar biasa. Bayangkan betapa kalutnya suasana pendaftaran pagi tadi apabila borang terpaksa difotostat sebanyak 40 salinan. Memang tak cukup borang. Sememangnya ada dua faktor kejayaan program ini iaitu promosi dan sasaran peserta. Lokasi USM Kampus Kejuruteraan sangat strategik dengan lingkungan masyarakat Melayu yang ramai. Yuran penyertaan RM70 untuk dewasa dan RM55 untuk pelajar mampu dibayar oleh kebanyakan mereka. Itu dikira murah. Mana tidak? Semasa bertandang ke seminar seumpama ini di KL dahulu, yuran yang dibayar RM100. Kemudian meningkat lagi RM150, dan sekarang RM250. Itu di KL.

Sebelah petang, memandangkan sudah tidak banyak kerja dapur yang perlu dibuat saya mengikuti program secara celap-celup. Sekejap di dalam dewan, sekejap di luar dewan. Maklumlah bertugas untuk menguruskan persediaan minum petang. Tidak lupa juga mengambil alih tugas seorang sahabat merakam gambar menggunakan kamera Pusat Islam. Letih?
"Keletihan itu hilang seandainya dibuat dengan keikhlasan (ikhlaskah saya? - hanya DIA yang Maha Mengetahui). Keletihan juga hilang dengan 'ubat' kepuasan melakukan sesuatu kebaikan ekoran sambutan yang luar biasa, alhamdulillah." Namun kadang-kadang apabila diuji dengan perancangan yang hebat tetapi sambutan kurang, ada sedikit rasa kecewa. Ini kata kebanyakan orang-orang yang letih menganjurkan program kebaikan yang pernah saya dengar.

Pengacara majlis: Raja Mazian Raja Mohamed, Penerbit Al-Hidayah TV3.
Perasmi: Brig. Jen (B) Dato' Abdul Hamid Zainal Abidin, ADUN Parit Buntar.
Peserta: 250 orang.
Selesai program, saya tidak lupa untuk bergambar bersama-sama pengendali seminar. Syabas ustaz. Terima kasih, jumpa lagi (ini pertemuan kali kedua).

tahniah uncle. Harap2nya azzam dah besar nanti boleh join program cenggini:) ameen:) Mon 6-Feb-2006 07:00
Posted by:.: dr azzam :.
InsyaAllah Azzam. Apasal Azzam panggil saya 'uncle'? ....dalam maknanya tu.... Tue 7-Feb-2006 15:28
Posted by:Naim
Oit.......ngada-ngada pulak engko ni....nak kena ketuk kpala oleh ummi Azzam ka? Wed 15-Feb-2006 11:26
Posted by:Ako
Add comment


Monday, 30-Jan-2006 06:06 Email | Share | | Bookmark
Kepuasan menulis.

Statistik pembaca blog Naim
Assalamualaikum......

Inilah sebenarnya kepuasan menjadi blogger. Menulis di ruang maya yang dapat diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Dahulu, ketika buta IT (sebagai pengguna <i>novice</i>), saya tidak pernah terfikir bahawa pandangan serta coretan saya melangkaui sempadan negara. Tetapi kini, semuanya telah terbukti. Sudah semestinya, perkara ini hanya berlaku kerana pembaca yang faham bahasa Melayu membacanya. Mereka dengan kata lain merupakan pelajar Malaysia di luar negara.

PS: satu dari UK itu, Naim kenallah. Tapi yang lain-lain, tidak diketahui empunya diri mereka. Apa pun Naim rasa amat dihargai kerana kunjungan maya anda semua ke blog Naim.
Semoga tuisan Naim memberi manfaat buat semua, InsyaAllah.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1427H.
Syabas dan tahniah buat semua penerima anugerah cemerlang perkhidmatan dan Anugerah Khas Pusat Islam USM tahu ini.
Utk makluman, Naim tak dapat apa-apa anugerah tahun ini, kerana telah menerimanya pada musim 1426H yang lalu, alhamdulillah.

Kegembiraan kedua, sebelum masuk tahun baru 1427H ni, Uts. Ahmad Baei, Editor Dewan Agama dan Falsafah sudah mempertimbangkan makalah yang dihantar kepadanya.

Care to comment?


Thursday, 26-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kenangan 2005

Jamuan penagguhan Kembara Bahasa 2005.
JK Terengganu 2005.
Pameran BBSN
View all 5 photos...
Beberapa sorotan gambar kenang-kenangan sepanjang 2005.

Bermula dari JK Terengganu '05 untuk ahli-ahli ukhwah.com di Kuala Terengganu, pada 17 April 2005.

Kemudian pada 2 Jun di Galeri SIRIM sempena Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Dewan Kosmik-SIRIM (Tempat Pertama).

Seterusnya bergambar bersama Ketua Editor Kumpulan DBP di Pameran BBSN, Kuantan pada 10 Sept. 2005.
Memegang Kamus Dwibahasa Dewan yang dimenangi setelah menang Peraduan Teka Silang Kata.

Penangguhan Kembara Bahasa 2005 di Wisma Belia Pahang, pada 11 Sept. 2005 - 8-10 mlm. Penangguhan dibuat oleh Menteri Pelajaran.
Tapi kan????? Haaa, tahu-tahu sendirilah macam mana kalau program yang dikendalikan oleh mereka ni........

Dan pada bulan Disember 2005, menyumbang tenaga menjayakan Kem Tunas Cemerlang Pelajar Muslim 2005, anjuran Pusat Islam USMKKj dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (Sbrg Prai Selatan).


naim, patut kena tayang skit kamus tuh , supaya terasa lebih bangggaaa... hehe.. apa2 pon, tahniah! teruskan usaha yang baik Thu 26-Jan-2006 23:48
Posted by:.: kak ida :.
Kak Ida, tak boleh lah nak lebih-lebih bangga tu, nanti kalau hilang kamus tu, tak kena naya Naim nanti. Mon 30-Jan-2006 06:22
Posted by:Naim
Add comment


Sunday, 22-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kempunan

Cubaan untuk menyambung talian
Sahabat lain pun tak dapat.
Alternatif yang tidak menjadi.
Assalamualaikum.....

Buat kakak, terima kasih atas makluman tentang kuliah online KRIM.

Tapi malangnya tak dapat dengar.
Apa pun, perkara yang baik apabila digerakkan untuk melakukannya akan diganjarkan dengan kebaikan. Termasuklah kepada orang yang memberi jalan atau gelakan ke arahnya.

Semoga DIA mengganjari usaha murni itu dengan sebaik-baiknya.


tak de rezeki... tak pe... kuliah rakaman pon banyak juga Mon 23-Jan-2006 02:25
Posted by:.: kak ida :.
Betul, kuliah haraki yang live pun banyak juga. Tiap-tiap Subuh Ahad, kami pun buat sendiri-sendiri kuliah Subuh menadah kitab Mun'iyatul Musholli di rumah sewa shbt²..... Mon 23-Jan-2006 04:16
Posted by:Naim
Add comment


Saturday, 21-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Abier & Samhani.

Abier & Kak Sam
Alhamdulillah, akhirnya selamat jua diijabkabulkan.


selamat pengantin baru dan moga berbahagia hendaknya. Sat 21-Jan-2006 22:19
Posted by:cute guy
selamat pengantin baru buat acik Sam dan uncle Abier. err uncle Hanapi bila nak ikut jejak diorang Mon 23-Jan-2006 02:23
Posted by:.: dr azzam :.
Errrr.......uncle akan ikut jejak diorang bila dah ada calon lah...hehhehehe... Mon 23-Jan-2006 11:49
Posted by:Uncle Hanapi
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.